Sunday, March 20, 2011

Rencana Pm...

KITAR SEMULA
Kitar semula merupakan kaedah yang asas untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang kepentingan mengekalkan keindahan alam sekitar. Kebanyakan kawasan dan pusat bandar di Malaysia mempunyai cara yang berbeza dalam menangani isu kitar semula. Kumpulkan jiran-jiran anda dan jadikanlah usaha kitar semula sebagai bukan aktiviti orang dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga. Malahan tanggung jawab kanak-kanak dalam hal ini harus dijadikan fokus utama.
Pusat mengumpul bahan-bahan yang boleh dikitar semula harus diwujudkan. Pusat sebegini harus memberi ganjaran kepada kanak-kanak. Contohnya, kupon diskaun membeli buku boleh diberi kepada mereka yang menyumbangkan bahan untuk dikitar semula. Pusat-pusat ini juga boleh memberi perkhidmatan tambahan yang membuka peluang kepada kanak-kanak untuk mengunjungi pusat-pusat ini. Ini supaya mereka boleh memahami dan melihatkan sendiri proses kitar semula yang membolehkan bahan yang disumbangkan digunakan semula. Dengan itu, mereka akan mengenali dan lebih menghargai sumbangan.

 
Kempen mengumpul dan kitar semula surat khabar mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar-pelajar sekolah dan pihak sekolah. Kini sudah tiba masanya untuk mengalihkan semangat dan kreativiti kanak-kanak dalam menambahkan usaha dan niat mereka daripada sudut kualiti dan bukannya kuantiti.

 
Pelajar-pelajar dari sekolah anda boleh membuat penyelidikan tentang proses kitar semula. Kemudian, izinkan mereka untuk mengutarakan dan membincangkan idea-idea berkenaan isu kitar semula. Benarkan mereka mengatur strategi bagi mempromosikan kempen mereka. Sementara itu, pihak sekolah harus menyediakan ganjaran kepada mereka yang berjaya membuahkan idea kitar semula yang paling berkesan. Anda juga boleh menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah kepada mereka yang berjaya  menghasilkan program yang menpraktiskan kaedah guna semula bahan-bahan secara berkesan. Pertandingan hendaklah meliputi cadangan kaedah pengurangan penggunaan bahan-bahan yang memberi kesan yang musibah kepada alam sekitar.

 
Sebagai langkah menyedarkan masyarakat, galakan harus diberikan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat mencadangkan strategi ekonomi dan politik untuk mengekalkan alam sekitar. Satu ‘persidangan parlimen’ yang dianggotai oleh kanak-kanak boleh diadakan bagi membolehkan pelajar-pelajar membentangkan cadangan mereka. Orang dewasa dari komuniti boleh menjadi pihak pembangkang dan mendengar cadangan yang diutarakan. Persidangan sebegini harus ditonton oleh masyarakat umum supaya mereka juga dapat mempelajari kesilapan mereka dalam fenomena menjejaskan kualiti alam sekitar.

 
Dipetik daripada buku Idea-Idea Untuk Tindakan Menjadikan Kawasan Bandaraya Mesra Kanak-Kanak Buku Sumber untuk Inisiatif Masyarakat dalam Bandaraya-bandaraya di Malaysia diterbitkan untuk Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita 

Saturday, March 12, 2011


Nama : Ahmad Fazli Sham Ahmad Walat
Tarikh Lahir :13 Disember 1982
Umur : 29 Tahun
Asal : Taiping , Perak
Sukan Diceburi : Cub Prix
Kategori : CP 130cc
Penampilan Pertama : 2003
Pasukan sekarang : Penzoil Fastrac Racing

Ahmad Fazli Sham And Ahmad Fazrul Sham

Pencapaian dalam Cub Prix Malaysia :

*2010 - No. 3 keseluruhan kategori expert
*2009 - No. 2 keseluruhan kategori expert
*2008 - Juara keseluruhan kategori expert
*2007 - Juara keseluruhan kategori expert
*2006 - Juara keseluruhan Kejuaraan Motosikal Asia
No.3 keseluruhan kategori expert
*2005 -Juara keseluruhan Kejuaraan Motosikal Asia


Ahmad Fazli juara Pusingan Pertama Petronas Cub Prix
ALOR SETAR: Ahmad Fazli Sham daripada pasukan Yamaha Shell Advance Yamaha Maju Motor, mengungguli kategori utama CP130 pada pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM 2009 di litar Stadium Darul Aman, di sini hari ini.
Pelumba berusia 28 tahun itu menguasai saingan sejak awal perlumbaan 15 pusingan dengan catatan masa 12:03.259 saat, manakala pelumba termuda kategori itu, Hafizh Syahrin Abdullah, 15, daripada pasukan Yamaha Petronas Sprinta Yamaha Raceline meraih tempat kedua dengan catatan masa 12:03.487s.
Tempat ketiga menjadi milik pelumba daripada pasukan Yamaha Petronas Sprinta Yamaha AHM, Mohd Zamri Baba, 27, dengan catatan masa 12:04.529s.
Bagi kategori CP115, pelumba termuda, Md Ramdan Md Rosli, 14, daripada pasukan Yamaha Petronas Sprinta Yamaha AHM muncul juara dengan catatan masa 9:53.069s setelah mendahului pelumba daripada pasukan Yamaha Petronas Sprinta Yamaha Raceline, Md Iskandar Raduan, 25, yang mencatat masa 9:55.461.
Md Amin Md Azahar, 16, daripada pasukan Yamaha Petronas Sprinta Yamaha AHM berada di tempat ketiga dengan catatan masa 9:58.324s.
Bagi kategori Wira, Md Azhar Abd Jalil, 17, daripada pasukan Yamaha Motul Yamaha YY Pang, merangkul gelaran juara dengan mencatat masa terpantas 8:30.716s dalam 10 pusingan diikuti pelumba daripada Modenas Forty One Racing, Md Syawalludin Md Zaki, 17, yang mencatat masa 8:32.010s.
Tempat ketiga Md Fitri Ashraf, 16, daripada pasukan Modenas Caviaga Cilik Racing Team yang mencatat masa 8:33.428s.
Sementara itu, juara kategori CP130, Ahmad Fazli berkata beliau gembira dengan kemenangan itu dan berazam untuk mengekalkan kejuaraan itu pada pusingan seterusnya.
"Walaupun pada saingan ujian masa semalam saya menduduki tempat kelima, tetapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya," katanya.
Pusingan kedua kejuaraan itu akan diadakan di Kluang, Johor pada 17 dan 18 April depan
 AHMAD Fazli (kanan) berazam mengembalikan prestasi cemerlang pada Pusingan 9 di Litar Sepang Utara    Sabtu dan Ahad ini.

Aku larr wei

Hai, nma aq khairul, u all bleh pnggl aq keown,, mmg slalu member ku dowk pnggl cmtu,, mmg aq xbleh nk kta pa lar kan,,hobi aq nei mmg plik skt,, aq dowk men laptop n dowk men futsal,, cita2 aq dluw nk jadi askarw,, uuu garang ark??? tapi lar aq tkaq dh,, aq hajat nk jadi seorg photografer yg cemerlang,, gemilang n terbilang,, kuat x sya.. k lah aq dpt kongsi nan korang smpai cnei jerw... nk dgq pntun...haaa

cik ton makan roti,.,,

aku nk pantun x retii,.,

jgn marah,.,jgn iri hati.,

jumpa lagi kita nanti..,,

assalammualaikummmm:_))